Isnin, 21 April 2008

mencantikkan tumit

bersihkan kawasan tumit dengan air tawas kemudian gosok dengan kulit pisang (bahagian dalam) yang sudah masak dan biarkan hingga kering seperti masker. Lakukan berturut2 selama seminggu. Sebelum tidur, sapulah tumit dengan minyak zaitun.

Menghaluskan tapak tangan

Selepas bancuh air kopi, jangan dibuang serbuk tersebut. Gunakan untuk menggosok tapak tangan anda. Biarkan kering selama 5 minit kemudian, basuh dengan air paip.

Bibir lebih merah dan memukau

Sapukan sepotong tomato pada bibir setiap hari tak kira pagi, petang atau malam. Amalkan selalu agar bibir anda kemerah-merahan bak tomato segar

Sabtu, 19 April 2008

Technorati Profile

kurangkan kedut di muka

parut sebatang lobak merah. campurkan sebiji kuning telur dan satu sudu makan tepung jagung. kacau hingga sebati dan lumurkan pada muka. bilas dengan air suam.

elakkan parut kerana melecur

campurkan sedikit kapur sirih dan minyak kelapa. kacau hingga rata. sapukan pada tempat melecur setiap kali selepas mandi

rambut berkilat

ambil segenggam kelapa yang baru diparut. ketika mandi, kelapa tadi digosok rata pada bahagian rambut. amalkan selalu dan hasilnya rambut akan lebih sihat dan berkilat bersihkan biji betik dan jemur hingga kering. gorengkan tanpa minyak sampai hangus. kemudian, tumbuk hingga lumat. pindahkan ke dalam piring dan bancuhkan dengan air. sebelum menggunakannya, bersihkan rambut dan keringkan. setelah itu, sapukan bahan tadi pada rambut tanpa syampu. hasilnya, rambut akan lebih berkilat dan hitam.

tegangkan kulit muka

sediakan 10 liter air dan campurkan dengan 500g daun teh dan 300g asam jawa. rebus hingga mendidih. ambil sukatan airnya yang tinggal kira-kira 5 liter, kemudian padamkan api. selepas itu, embunkan satu malam. keesokan harinya, sebelum matahari terbit, sapukan pada kulit. lakukan setiap pagi dan lihat hasilnya.

menghilangkan jerawat

campurkan susu tepung dengan air bersih. tepekkan ke muka setiap malam dan setelah kering, basuh muka dengan air suam. amalkan selalu. campurkan susu, madu dan putih telur. kacau hingga sebati. sapukan pada muka dan biarkan selama 25 minit. selepas itu, bilas dengan air. amalkan selalu masak secekak daun inai bersama 2 cawan air. biarkan hingga mendidih. setelah sejuk, sapukan pada jerawat. amalkan setiap hari hingga jerawat hilang

kulit muka berminyak

Parut epal hingga halus. Sapukan pada muka. Biarkan selama 15 minit. Cuci dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu ambil sehelai tuala bersih, rendam ke dalam air suam, kemudian perah dan tekapkan ke muka. selepas itu, laplah bersih-bersih. lakukan setiap malam sebelum tidur

Rahsia menghaluskan kulit

campurkan 2 sudu madu dengan putih telur. Lumurkan ke kulit muka dan biarkan sehingga kering. Selepas itu, cuci dengan air panas suam dan keringkan muka dengan tuala bersih. Sapukan lendir yg terdapat dalam tomato. Biarkan kering dan wapkan muka dengan air panas kira2 5 minit. Cuci seperti biasa